top of page

 IQ Power Training & Consultant  adalah merupakan syarikat pemilikan penuh Bumiputera yang di asaskan oleh seorang anak muda yang telah hampir 6 tahun ( 2009 – 2015 ) menceburkan diri dalam bidang latihan & motivasi. Syarikat ini telah di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dengan Nombor Pendaftaran Syarikat NS0134181-P.

 

Kami di IQ Power Training & Consultant  menjalankan pelbagai bentuk program ke arah Pembangunan Modal Insan melalui pendekatan modul dan latihan.  Sebagai teras aktiviti syarikat, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kem motivasi, latihan kepimpinan, teambuilding,  kem solat, khemah ibadah,  explorace, seminar, kursus dan banyak lagi bergantung kepada permintaan pelanggan kami.

 

Khidmat pengendalian kursus dan latihan yang disediakan oleh IQ Power Training & Consultant  adalah melibatkan pelbagai golongan sasar. Ia meliputi golongan sasar seperti pelajar Sekolah Rendah dan Menengah, Kolej-kolej Vokasional, Mahasiswa dan Mahasiswi IPTA dan IPTS, Institusi Kemahiran Awam dan Swasta, Belia-belia di Kawasan Perumahan Masyarakat serta Orang Awam tidak mengira golongan, bangsa dan agama.

 

Prinsip kami di IQ Power Training & Consultant  setiap insan memiliki potensi diri untuk cemerlang dalam kehidupan. Maka, dengan kekuatan azam serta motivasi yang diberikan dapat membantu masyarakat dan pelanggan dalam mencapai objektif yang ditetapkan serta  memastikan para peserta terus maju dan mencapai misi & visi yang hendak dicapai selain memacu pembangunan sosial dalam konteks modal insan melalui IQ yang sihat & cerdas berteraskan ilmu pengetahuan.

 

Oleh yang demikian kami di IQ Power Training & Consultant merasa terpanggil untuk turut serta dalam mengembalikan keyakinan, jati diri dalaman dan juga membantu mengembangkan potensi yang dimiliki oleh peserta agar mereka dapat menunjukkan kebolehan yang ada ke arah kecemerlangan yang berterusan.

 

Hasrat dan iltizam ini menjadi asas kepada Visi dan Misi syarikat dalam menerajui aktiviti pembangunan insan dan perkhidmatan yang diberikan .

            MOTIVASI KECEMERLANGAN

 

            SAHSIAH & JATI DIRI

 

 

            KEPIMPINAN & ORGANISASI

 

 

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
bottom of page